Berapa maksimum Pinjaman Kredit Komuniti
Berapa maksimum Pinjaman Kredit Komuniti
Ramai yang mesej kami tanya: “Boleh tak mohon pinjaman RM30,000 atau RM50,000 dengan syarikat kredit komuniti?”
Jawapannya – boleh, tapi bukan untuk semua orang. Di KreditKomuniti.com, jumlah maksimum yang boleh dipohon ialah RM30,000, tetapi itu hanya diluluskan kepada pemohon yang benar-benar bergaji besar dan stabil.
Kebanyakan kelulusan biasa berada dalam lingkungan RM5,000 hingga RM20,000 sahaja, bergantung pada komitmen dan kelayakan pemohon.
Begitu juga dengan tempoh , jarang ada syarikat tarik sampai 5-10 tahun. Maksimum pun 3 tahun, syarikat kredit komuniti yang sah jarang memberi tempoh yang panjang.
Hal hal beginilah kadang kadang membuat bakal peminjam mudah tertipu. Dengan bayaran rendah tak munasabah. Silap langkah terus terjerat.
Waspada Janji Manis – Pinjam RM50K? RM80K? RM100K?
Kalau anda pernah jumpa iklan kata boleh pinjam RM50K dengan bayaran rendah, tanpa slip gaji, atau hanya guna IC – hati-hati, besar kemungkinan itu adalah scam.
Ah Long atau sindiket penipuan memang suka gunakan angka besar dan syarat longgar untuk perangkap mangsa. Mereka tahu bila orang terdesak, mereka tak akan semak betul-betul.
Pinjaman berlesen yang sah tidak akan beri kelulusan besar tanpa semakan ketat.
Siapa Yang Layak Mohon di KreditKomuniti.com?
Kami hanya menawarkan pinjaman kepada:
- ✔️ Pekerja swasta bergaji tetap
- ✔️ Penjawat awam
- ✔️ Penerima pencen tetap atau SOCSO
Maaf, kami tidak menerima permohonan daripada peniaga atau kerja sendiri, kerana tiada bukti potongan gaji atau slip pendapatan tetap.
Nak Jumlah Tinggi? Pilih Bank atau syarikat kredit besar.
Kalau anda nak pinjam RM50,000 ke atas, dan ada masa untuk tunggu proses lebih panjang – lebih baik mohon dengan bank atau kreditor company. SYARAT yg dikenakan ketat. Tapi pastikan:
- ✔️ Rekod kredit cantik (tiada CCRIS / CTOS)
- ✔️ Gaji tetap dan potongan tidak melebihi 60%
- ✔️ Dokumen lengkap & kemaskini
Kesimpulan
Pinjaman kredit komuniti sesuai untuk penyelesaian cepat dan amaun sederhana. Tapi jangan mudah percaya jika ada pihak janji pinjaman besar dengan syarat terlalu mudah.
Pastikan anda semak latar syarikat dan elakkan jadi mangsa penipuan. Kalau nak mohon yang sah, telus dan tanpa deposit – kami sedia bantu anda dari awal sampai akhir.