Cara scammer pinjaman berlesen menipu

Awas! Ini Cara Scammer Menipu Pinjaman Berlesen di Malaysia Tarikh: 02/05/2025 Ramai rakyat Malaysia terjebak dengan penipuan pinjaman berlesen palsu tanpa sedar. Dalam artikel ini, kami bongkarkan modus operandi scammer dan bagaimana anda boleh elakkan diri daripada menjadi mangsa. 1. Iklan Menarik & Janji Manis Scammer gemar memasang iklan di Facebook, Instagram dan WhatsApp. Mereka gunakan kata-kata seperti "lulus 10 minit", "tanpa slip gaji", atau "blacklist pun layak". Iklan ini disertakan dengan logo KPKT palsu dan testimoni rekaan. 2. Diminta Bayar Wang Pendahuluan Mangsa akan diminta untuk bayar "yuran proses", "insurans", atau "caj guaman" sebelum pinjaman diluluskan. Ini tak masuk akal kerana pinjaman sah tak minta duit sebelum lulus. Selepas bayaran dibuat, scammer terus hilang atau minta bayaran tambahan. 3. Akaun Bank Bukan Atas Nama Syarikat Salah satu tanda jelas ialah apabila bayaran disuruh...