Pinjaman Mudah Dapat, Tapi Susah Nak Settle Awal? Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu
Ramai orang menilai pinjaman berdasarkan jumlah yang boleh diperoleh, kadar faedah dan bayaran ansuran bulanan. Tetapi ada satu perkara penting yang sering terlepas pandang, iaitu proses penyelesaian pinjaman lebih awal (early settlement). Bagaimana jika suatu hari nanti anda mempunyai wang yang mencukupi dan mahu melangsaikan baki pinjaman lebih awal, tetapi menghadapi kesukaran untuk mendapatkan jumlah penyelesaian atau menutup akaun? Perkara ini wajar diberi perhatian sebelum anda menandatangani sebarang perjanjian pinjaman. Masalah Yang Mungkin Dihadapi Apabila Nak Settle Pinjaman Awal 1. Sukar Mendapatkan Jumlah Settlement Peminjam mungkin menghadapi kesukaran mendapatkan jumlah penuh yang perlu dibayar untuk menyelesaikan pinjaman. Ada yang perlu membuat beberapa kali permintaan sebelum menerima maklumat yang diperlukan. Sepatutnya, peminjam boleh mendapatkan penjelasan yang jelas tentang baki pinjaman dan jumlah penyelesaian berdasarkan perjanjian. 2. Jumlah Settle...