Kenapa Permohonan Kredit Komuniti Ditolak? Ini Puncanya
Ramai pemohon terkejut bila permohonan pinjaman di syarikat Kredit Komuniti (pemberi pinjam wang berlesen) ditolak. Gaji rasa cukup, dan tiada komitmen besar macam pinjaman kereta atau rumah. Salah satu punca yang sering terlepas pandang ialah hutang kecil di banyak aplikasi pinjaman . Perangkap Pinjaman Kecil RM300 Hingga RM500 Sekarang ni banyak aplikasi pinjaman mikro dan konsep Buy Now Pay Later (BNPL) yang menawarkan kelulusan pantas. Sebab proses terlalu mudah, ramai terjebak dengan pola ini: Pinjam jumlah kecil di banyak tempat: RM300 di Aplikasi A, RM500 di Aplikasi B, RM400 lagi di Aplikasi C, untuk tampung belanja harian atau tutup hutang lama. Nampak ringan pada awalnya: setiap aplikasi cuma minta bayaran balik sekitar RM100 hingga RM200 sebulan, jadi rasa masih terkawal. Tunggakan bertimbun: bila gaji tak cukup atau ada kecemasan, bayaran mula tertangguh di satu demi satu aplikasi. Gabungan baki pokok, faedah dan caj lewat bayar daripada 5 hingga 6 aplikasi b...