Benda boleh kena tipu, buat apa pilih yg telus
Selama 15 tahun saya berkecimpung dalam urusan permohonan pinjaman, pelbagai ragam dan perangai manusia yang saya dah jumpa. Kalau nak diikutkan, jujur saya katakan, kebanyakan mangsa penipuan pinjaman ini bukan ditipu secara tidak sengaja. Kadangkala, mereka seolah-olah "suka" ditipu. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab sikap, ego, dan keinginan untuk mendengar apa yang mereka suka sahaja yang akhirnya memakan diri. Lihat sahaja di dada akhbar atau media sosial. Kes penipuan pinjaman wang tak pernah surut. Persoalannya, kenapa masih ramai yang tersungkur pada lubang yang sama? Perangkap Terbesar: Mendengar Apa yang Hati Nak Dengar Sifat biasa kita sebagai manusia, bila tengah terdesak, kita cuma nak dengar berita gembira. Kita nak penyelesaian yang mudah, pantas, dan tidak membebankan. Di sinilah scammer masuk memainkan peranan. Mereka ini ibarat pakar psikiatri tidak bertauliah. Mereka tahu apa yang anda idamkan, dan mereka akan umpan anda dengan tawaran yang ters...