Kredit Komuniti – adakah satu jalan cari masalah?
Kredit Komuniti – Jalan Keluar Masalah, Bukan Tambah Masalah “Kalau betul jalan dan caranya, pinjaman kredit komuniti boleh bantu kita pulihkan keadaan kewangan.” Perkongsian ini adalah kisah sebenar seorang pelanggan lama kami. Sampai hari ini, dia masih hubungi kami — bukan untuk pinjam lagi, tapi untuk perkenalkan orang lain yang betul-betul perlukan bantuan kewangan. “Aku Bukan Orang Kaya – Tapi Aku Nak Selamatkan Keluarga Aku” Katanya, dia dan isteri hidup cukup makan. Gaji mereka tak tinggi, tapi cukup untuk tampung rumah, kereta dan makan anak-anak. Bila PKP melanda, isterinya diberhentikan kerja. Semua beban kewangan jatuh atas bahunya seorang. Siang kerja tetap, malam jadi rider hantar makanan. Tapi bila bil mula tertunggak, hutang kereta tersangkut — dia mula buntu. Apply pinjaman AEON, terus kena reject sebab nama tak bersih. Jalan Jumpa – Tapi Banyak Yang Menipu Satu malam dia lepak dengan rider lain yang nasihatkan: “Kalau nak cari pinjaman berles...