Nak Pinjam RM3,000 atau RM5,000? Ini Anggaran Bayaran Bulanan Yang Perlu Anda Tahu
Nak pinjam RM3,000 atau RM5,000? Kadang-kadang kita bukan perlukan duit banyak pun. Mungkin kereta rosak, ada perbelanjaan keluarga atau keperluan penting yang tak boleh ditangguhkan. Tapi sebelum memohon, satu perkara yang perlu difikirkan ialah berapa ansuran bulanan yang mampu kita bayar? Pinjaman RM3,000 atau RM5,000, Mana Lebih Sesuai? Kalau anda hanya perlukan RM3,000, tak semestinya perlu pinjam RM5,000. Wang tambahan mungkin nampak membantu, tetapi jumlah hutang dan faedah juga bertambah. Melalui KreditKomuniti.com , permohonan RM3,000 dan RM5,000 boleh dipertimbangkan, tertakluk kepada syarat syarikat pemberi pinjam wang berlesen. Berapa Anggaran Ansuran Bulanan? Contoh pengiraan berikut menggunakan faedah mudah 18% setahun atas jumlah pokok untuk tempoh 12 bulan. Butiran RM3,000 RM5,000 Tempoh 12 bulan 12 bulan Jumlah faedah RM540 RM900 Jumlah bayar balik RM3,540 RM5,900 Purata sebulan RM295 RM491.67 Nota: Ini contoh matematik, b...