Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 24, 2025

Kad Bank Disalah Guna – Apa Nak Buat?

Imej
Kad Bank Disalah Guna Selepas Serahan Kad – Apa Nak Buat? Dalam sesetengah kes pinjaman, ada syarikat yang meminta serahan kad bank sebagai jaminan untuk memudahkan proses bayaran balik. Namun masalah boleh timbul bila kad tersebut disalahguna – contohnya berlaku transaksi mencurigakan, pemotongan tidak mengikut jadual, atau syarikat melanggar perjanjian asal. Apa Maksud Kad Bank Disalah Guna? Bayaran dipotong sesuka hati, tidak ikut jadual yang dipersetujui. Ada transaksi pelik dalam akaun yang tidak diketahui peminjam. Syarikat guna kad anda di luar tujuan asal pinjaman. Langkah Segera Yang Perlu Dibuat Blok Kad Segera – Hubungi bank dan minta kad anda disekat supaya tiada lagi transaksi boleh dibuat. Buat Laporan Polis – Bawa bukti transaksi, perjanjian pinjaman, dan jelaskan keadaan sebenar. Laporan ini penting jika kes berlarutan. Semak Akaun & Tukar Kad Baru – Mohon kad ATM baru daripada bank dan pantau transaksi melalui SMS/online bank...

Macam Mana Ahlong / Loan Shark Perangkap peminjam

Imej
Macam Mana Ahlong / Loan Shark Perangkap peminjam Ada orang selalu tertanya, betul ke ah long atau loan shark ni akan perangkap pelanggan mereka? Untuk apa mereka nak aniaya orang yang pinjam? Untuk jawab persoalan tu, saya cuba baca pengalaman ramai orang di media sosial – dan akhirnya saya sendiri buat satu “experiment” kecil. Amaran: Artikel ini ditulis sebagai perkongsian pengalaman sahaja, bukan galakan untuk mencuba. Saya lakukan eksperimen ini dengan bajet khas yang memang saya sediakan, supaya risiko terkawal. Permulaan Saya cuba apply pinjaman daripada seorang ah long yang ditemui di iklan Facebook. Tawaran awal nampak menarik – RM1,200 tetapi hanya dapat RM960 in-hand . Baki dianggap caj awal kononnya untuk “uji” dokumen dan kesungguhan saya. Mereka akan minta: Dokumen peribadi (IC, bil utiliti, slip gaji) Video call untuk sahkan wajah sama dengan IC Tandatangan perjanjian ringkas Tidak sampai 5 minit selepas video call , duit masuk ke akaun. N...

Catatan popular daripada blog ini

Kalau Tidak Bayar Pinjaman Wang Berlesen Kredit Komuniti

Pinjaman Tak Pegang Kad ATM - kredit komuniti

Jadual Bayaran Menurun Perkhidmatan Kredit Komuniti

Syarat Pinjaman Wang Berlesen & Senarai Syarikat Berdaftar KPKT (PWB)