Pinjaman Wang Berlesen vs Ahlong: Apa Perbezaannya?

Pinjaman Wang Berlesen vs Ahlong: Apa Perbezaannya?

Ramai orang yang perlukan bantuan kewangan cepat akan terfikir dua pilihan utama: pinjaman wang berlesen atau pinjaman dengan ah long. Kedua-duanya mungkin nampak serupa pada awalnya, tetapi hakikatnya sangat berbeza. Artikel ini akan jelaskan perbezaan utama dan kenapa anda perlu berhati-hati sebelum membuat keputusan.

Apa Itu Pinjaman Wang Berlesen?

Pinjaman wang berlesen ialah pinjaman yang dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). Syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini dikenali sebagai Kredit Komuniti. Mereka tertakluk pada undang-undang, syarat lesen, dan kadar faedah yang dibenarkan.

  • ✔ Berlesen & dipantau KPKT
  • ✔ Perjanjian bertulis yang sah
  • ✔ Tiada caj pendahuluan atau deposit tersembunyi
  • ✔ Faedah & ansuran jelas dalam kontrak

Apa Itu Ahlong?

Ahlong pula merujuk kepada pemberi pinjaman wang tidak berlesen. Mereka tidak dikawal selia dan sering menggunakan taktik menekan peminjam.

  • ❌ Tidak berlesen & tiada pemantauan
  • ❌ Suka kenakan caj tersembunyi / “upfront fee”
  • ❌ Berisiko ugutan, gangguan & kaedah kutipan kasar
  • ❌ Faedah sangat tinggi & tidak telus

Perbandingan Ringkas

Aspek Pinjaman Wang Berlesen Ahlong
Status Sah & berlesen KPKT Tidak sah, tiada lesen
Faedah Tetap & dihadkan undang-undang Sangat tinggi, berubah-ubah
Proses Semakan kelayakan & dokumen jelas Caj upfront, tiada ketelusan
Keselamatan Tiada ugutan, proses profesional Berisiko diganggu / diugut

Kenapa Perlu Pilih Pinjaman Wang Berlesen?

Jawapannya mudah – selamat, sah & telus. Dengan memilih pinjaman wang berlesen, anda dilindungi undang-undang dan tidak terdedah kepada ancaman. Walaupun prosesnya lebih teratur, ia jauh lebih meyakinkan berbanding risiko berurusan dengan ahlong.

Baca Juga:


Semak Kelayakan Pinjaman Anda
Mohon hanya melalui KreditKomuniti.com – syarikat berlesen & sah KPKT. Tiada bayaran pendahuluan.
Klik Untuk Semakan WhatsApp

Catatan popular daripada blog ini

Pinjaman Tak Pegang Kad ATM - kredit komuniti

Kalau Tidak Bayar Pinjaman Wang Berlesen Kredit Komuniti

Jadual Bayaran Menurun Perkhidmatan Kredit Komuniti

Serahan kad bank kepada kredit komuniti