Modus Operandi Scammer “Pinjaman Berlesen” – Jangan Jadi Mangsa!
Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, semakin ramai rakyat Malaysia mencari jalan keluar melalui pinjaman peribadi. Malangnya, ramai juga yang terjebak dengan scammer yang menyamar sebagai syarikat pinjaman berlesen.
Scammer kini semakin bijak dan licik. Mereka tahu cara bercakap, tahu apa yang pemohon mahu dengar — dan akhirnya berjaya memperdaya ramai mangsa, terutama yang sedang terdesak.
1. “Pinjaman RM1,000 Bayar RM50 Sebulan” – Tapi Kena Bayar Deposit Dulu?
Modus operandi ini paling banyak digunakan. Mereka janjikan:
- Pinjaman RM1,000 – bayar hanya RM50 sebulan
- Pinjaman RM5,000 – bayar RM250 sebulan
TAPI… syaratnya kena bayar yuran/komisen dahulu, kononnya 10% dari jumlah pinjaman. Lepas anda bank in deposit tu – terus lesap.
2. “Surat Tawaran RM80,000” – Tapi Minta Yuran Guaman & Agreement
Scammer akan tunjuk surat tawaran rasmi yang nampak profesional, siap ada nama syarikat dan logo.
Mereka janjikan kelulusan:
- RM50,000 hingga RM80,000
Dan minta anda bayar dulu kononnya untuk:
- Yuran guaman
- Caj dokumen dan pemprosesan
Awas! Ini semua hanya untuk pujuk anda buat bayaran awal. Bila duit dah diberi, nombor telefon tak dapat dihubungi lagi.
3. “Tak Perlu Pegang Kad, Tak Perlu Jumpa” – Semua Positif Sangat
Ada juga scammer yang janjikan:
- Tak perlu pegang kad bank
- Tak perlu jumpa atau meeting langsung
- Bayar bulan-bulan terus bank in sendiri
Semua nampak sedap di telinga. Tapi akhirnya, lepas minta “deposit buka akaun pinjaman”, mereka hilang tanpa jejak.
4. “Kena Bayar Kos Buka Fail” – Modus Operandi Lama Tapi Masih Menjadi
Modus lama yang masih diguna – alasan kononnya perlu bayar kos buka fail, daftar permohonan, atau dokumen.
Ingat! Syarikat pinjaman berlesen TIDAK AKAN minta bayaran pendahuluan sebelum pinjaman diluluskan.
Jangan Takut Bila Diugut – Itu Satu Jenayah!
Jika anda tak mahu teruskan permohonan, scammer akan mula mengugut:
- Kena bayar untuk batalkan permohonan
- Akan buat laporan polis jika tak bayar
- Akan kenakan tindakan undang-undang
JANGAN TAKUT! Itu semua helah semata-mata. Syarikat sah takkan pernah ugut pelanggan. Jika mereka ugut – itu sudah jadi jenayah!
Tip Keselamatan:
- JANGAN bayar apa-apa sebelum pinjaman lulus
- SEMAK lesen syarikat dalam aplikasi i-KrediKom (KPKT)
- Pastikan anda dapat jumpa secara fizikal atau ada alamat syarikat yang sah
- JANGAN percaya tawaran yang terlalu cantik – terlalu murah untuk jadi kenyataan
Mohon Dengan Selamat di KreditKomuniti.com
Kami tidak ambil wang pendahuluan, tidak minta deposit, dan segala urusan dijalankan secara sah dan telus.
Tiada janji manis — hanya semakan berdasarkan kelayakan sebenar, dan proses profesional dengan maklumat lengkap.
Klik Untuk Semak Kelayakan Sekarang – https://wasap.kreditkomuniti.com