Perbezaan Pinjaman Berlesen dan Pinjaman Ah Long – Elak Jadi Mangsa



Ramai peminjam baru tidak dapat membezakan antara syarikat pinjaman wang berlesen yang sah, dan Ah Long yang menyamar. Akibatnya, ramai menjadi mangsa penipuan, kehilangan wang, malah diugut dan ditekan secara mental serta fizikal.

Di sini kami senaraikan perbezaan paling ketara antara pinjaman berlesen dan pinjaman Ah Long, supaya anda lebih yakin dan selamat:


1. Lesen Sah dari KPKT

Berlesen: Mempunyai nombor lesen sah dan tersenarai di portal rasmi KPKT.
Ah Long: Tiada lesen. Guna nama palsu, nombor telefon tukar-tukar, tiada lokasi sebenar.

2. Tiada Wang Pendahuluan

Berlesen: Tidak minta bayaran awal. Caj dipotong dari jumlah pinjaman.
Ah Long: Minta “bayaran proses”, “cukai”, atau “deposit” untuk perangkap mangsa.

3. Perjanjian Bertulis

Berlesen: Ada dokumen perjanjian jelas – amaun, kadar, tempoh.
Ah Long: Urusan hanya melalui WhatsApp atau lisan. Tiada bukti rasmi.

4. Kadar Bunga Terkawal

Berlesen: Faedah maksimum 1.5% sebulan mengikut Akta Pemberi Pinjam Wang.
Ah Long: Caj harian, mingguan yang sangat tinggi dan berubah sesuka hati.



5. Urusan Telus & Selamat

Berlesen: Boleh disemak di KPKT. Ada pejabat sebenar.
Ah Long: Tiada identiti jelas. Ugutan, kekerasan dan gangguan adalah biasa.


Kesimpulan

Jangan terpedaya dengan janji manis. Pastikan anda hanya berurusan dengan pemberi pinjam wang berlesen yang sah.

Di KreditKomuniti.com, kami hanya bekerjasama dengan syarikat kredit komuniti berdaftar di bawah KPKT. Tiada caj pendahuluan, tiada penipuan.

Klik untuk Semak Kelayakan Sekarang – https://wasap.kreditkomuniti.com

Catatan popular daripada blog ini

Pinjaman Tak Pegang Kad ATM - kredit komuniti

Kalau Tidak Bayar Pinjaman Wang Berlesen Kredit Komuniti

Serahan kad bank kepada kredit komuniti

Jadual bayaran bulanan pinjaman berlesen kredit komuniti