Catatan

Tunjukkan catatan dari 2025

Berita Baik! Pinjaman Berlesen Kredit Komuniti Kini Tersedia di Sabah

Imej
Berita Baik! Pinjaman Berlesen Kredit Komuniti Kini Tersedia di Sabah KreditKomuniti.com kini meluaskan perkhidmatan ke seluruh negeri Sabah. Bagi anda yang mencari pinjaman wang sah, selamat dan berlesen , kini tidak perlu risau lagi. Sama ada anda di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau atau kawasan pedalaman, anda boleh akses pinjaman berlesen yang dikawal selia oleh KPKT . Mengapa Pilih Pinjaman Kredit Komuniti Berlesen? ✔ Perlindungan Undang-Undang – Semua syarikat kami berdaftar & dipantau KPKT. ✔ Kadar Faedah Telus – Tiada caj tersembunyi atau kadar melampau seperti ah long. ✔ Kontrak Sah – Jumlah pinjaman, kadar faedah, & jadual ansuran dijelaskan dengan jelas. ✔ Proses Selamat – Tiada ugutan, tiada paksaan, urusan profesional sepenuhnya. Kawasan Liputan di Sabah Kami meliputi seluruh Sabah termasuk: Pantai Barat – Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Papar, Kudat Pantai Timur – Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna Pedalaman –...

Pinjaman Wang Berlesen vs Ahlong: Apa Perbezaannya?

Imej
Pinjaman Wang Berlesen vs Ahlong: Apa Perbezaannya? Ramai orang yang perlukan bantuan kewangan cepat akan terfikir dua pilihan utama: pinjaman wang berlesen atau pinjaman dengan ah long . Kedua-duanya mungkin nampak serupa pada awalnya, tetapi hakikatnya sangat berbeza. Artikel ini akan jelaskan perbezaan utama dan kenapa anda perlu berhati-hati sebelum membuat keputusan. Apa Itu Pinjaman Wang Berlesen? Pinjaman wang berlesen ialah pinjaman yang dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) . Syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini dikenali sebagai Kredit Komuniti . Mereka tertakluk pada undang-undang, syarat lesen, dan kadar faedah yang dibenarkan. ✔ Berlesen & dipantau KPKT ✔ Perjanjian bertulis yang sah ✔ Tiada caj pendahuluan atau deposit tersembunyi ✔ Faedah & ansuran jelas dalam kontrak Apa Itu Ahlong? Ahlong pula merujuk kepada pemberi pinjaman wang tidak berlesen. Mereka tidak dikawal selia dan sering menggunakan...

CTOS & Pinjaman Wang Berlesen: Apa Yang Peminjam Perlu Tahu

Imej
CTOS & Pinjaman Wang Berlesen: Apa Yang Peminjam Perlu Tahu Ramai yang rasa CTOS hanya sekadar rekod kewangan biasa. Tetapi bila anda memohon pinjaman wang berlesen melalui syarikat Kredit Komuniti , rekod CTOS memainkan peranan penting. Ia boleh jadi “pengikat” yang buatkan anda hilang pilihan untuk overlap atau buat pinjaman tambahan. Apa Itu CTOS? CTOS ialah sistem pangkalan data yang menyimpan rekod kewangan seseorang, termasuk: Tunggakan pinjaman peribadi, kereta, atau kad kredit Rekod mahkamah berkaitan hutang Rekod pinjaman dengan syarikat kewangan atau pemberi pinjam berlesen Sekali nama anda masuk dalam CTOS, semua syarikat berlesen boleh nampak rekod tersebut. CTOS Bank vs CTOS Pinjaman Berlesen CTOS Bank: Jika anda ada tunggakan dengan bank, ada sesetengah syarikat kredit komuniti masih boleh pertimbangkan permohonan. Selagi bayaran bulanan pinjaman berlesen semasa cantik, syarikat boleh terima. CTOS Pinjaman Berlesen: Jika rekod...

Kad Bank Disalah Guna – Apa Nak Buat?

Imej
Kad Bank Disalah Guna Selepas Serahan Kad – Apa Nak Buat? Dalam sesetengah kes pinjaman, ada syarikat yang meminta serahan kad bank sebagai jaminan untuk memudahkan proses bayaran balik. Namun masalah boleh timbul bila kad tersebut disalahguna – contohnya berlaku transaksi mencurigakan, pemotongan tidak mengikut jadual, atau syarikat melanggar perjanjian asal. Apa Maksud Kad Bank Disalah Guna? Bayaran dipotong sesuka hati, tidak ikut jadual yang dipersetujui. Ada transaksi pelik dalam akaun yang tidak diketahui peminjam. Syarikat guna kad anda di luar tujuan asal pinjaman. Langkah Segera Yang Perlu Dibuat Blok Kad Segera – Hubungi bank dan minta kad anda disekat supaya tiada lagi transaksi boleh dibuat. Buat Laporan Polis – Bawa bukti transaksi, perjanjian pinjaman, dan jelaskan keadaan sebenar. Laporan ini penting jika kes berlarutan. Semak Akaun & Tukar Kad Baru – Mohon kad ATM baru daripada bank dan pantau transaksi melalui SMS/online bank...

Macam Mana Ahlong / Loan Shark Perangkap peminjam

Imej
Macam Mana Ahlong / Loan Shark Perangkap peminjam Ada orang selalu tertanya, betul ke ah long atau loan shark ni akan perangkap pelanggan mereka? Untuk apa mereka nak aniaya orang yang pinjam? Untuk jawab persoalan tu, saya cuba baca pengalaman ramai orang di media sosial – dan akhirnya saya sendiri buat satu “experiment” kecil. Amaran: Artikel ini ditulis sebagai perkongsian pengalaman sahaja, bukan galakan untuk mencuba. Saya lakukan eksperimen ini dengan bajet khas yang memang saya sediakan, supaya risiko terkawal. Permulaan Saya cuba apply pinjaman daripada seorang ah long yang ditemui di iklan Facebook. Tawaran awal nampak menarik – RM1,200 tetapi hanya dapat RM960 in-hand . Baki dianggap caj awal kononnya untuk “uji” dokumen dan kesungguhan saya. Mereka akan minta: Dokumen peribadi (IC, bil utiliti, slip gaji) Video call untuk sahkan wajah sama dengan IC Tandatangan perjanjian ringkas Tidak sampai 5 minit selepas video call , duit masuk ke akaun. N...

Kelebihan Perkhidmatan Kredit Komuniti Berbanding Ah Long

Imej
Kelebihan Perkhidmatan Kredit Komuniti Berbanding Ah Long Kredit Komuniti ialah pemberi pinjaman berlesen yang dikawal selia oleh KPKT dan tertakluk kepada undang-undang. Sebaliknya, ah long beroperasi tanpa lesen dan sering menggunakan taktik tidak beretika. Artikel ini menerangkan beza utama dan kenapa perkhidmatan Kredit Komuniti adalah pilihan lebih selamat. Perbandingan Ringkas Aspek Kredit Komuniti (Berlesen) Ah Long (Tidak Berlesen) Status & Pematuhan Berlesen, patuh Akta & dipantau KPKT Tidak berlesen, tiada pemantauan Proses & Dokumen Semakan kelayakan, dokumen jelas & kontrak bertulis Selalunya kabur; janji lulus tanpa semakan Caj & Kadar Dimaklumkan awal; tiada caj tersembunyi Sering berubah-ubah; caj tambahan tiba-tiba Bayaran Pendahuluan Tiada bayaran upfront untuk pro...

Jadual Bayaran Menurun Perkhidmatan Kredit Komuniti

Imej
JADUAL BAYARAN MENURUN PERKHIDMATAN KREDIT KOMUNITI . Bayaran menurun bermaksud ansuran bulan pertama lebih tinggi dan akan menurun setiap bulan seterusnya kerana faedah dikira atas baki prinsipal. Jadual di bawah ialah rujukan pantas berdasarkan amaun pinjaman terpilih. Jadi takkan ada masalah bayar tinggi lebih dari pinjaman jika ingin settle awal. Ini adalah tempoh maksimum, anda boleh dpt jadual sebenar selepas buat semakan. Nota: Nilai adalah anggaran panduan. Jumlah sebenar tertakluk pada tawaran kelulusan & perjanjian pinjaman. Cara baca jadual : Pinjaman tempoh 36 bulan .. lihat amount pinjaman , dan baca jumlah bayaran setiap bulan dari bulan 1 hingga ke 36 bulan Bln 5k 6k 7k 8k 9k 10k 11k 12k 13k 14k 15k 16k 17k 18k 19k 20k 1 440 528 616 704 792 880 968 1056 1144 1232 1320 1408 1496 1584 1672 1760 2 440 528 ...

Pinjaman Tak Pegang Kad ATM – Info di sin

Imej
Pinjaman Tak Pegang Kad ATM – Info di sini Ramai yang mencari pinjaman tak pegang kad ATM kerana bimbang keselamatan atau tidak mahu berikan akses kepada syarikat. Namun, anda perlu berhati-hati kerana tawaran sebegini sering digunakan sebagai umpan oleh scammer untuk menipu peminjam. Baru-baru ini banyak kes yang dilaporkan di mana peminjam terjebak dengan iklan pinjaman yang nampak meyakinkan, tetapi akhirnya ditipu dengan alasan bayaran “yuran proses”, “yuran buka fail” atau “deposit sekuriti”. Malangnya, selepas bayar, pinjaman tidak pun diluluskan. Anda boleh baca sendiri perkongsian mangsa di laman web dan forum-forum kewangan. Baca artikel penuh tentang risiko ini di sini: 🔗 Pinjaman Wang Berlesen Online — Jangan Mudah Terpedaya Kenapa Ada Syarikat Sah Minta Pegang Kad ATM? Syarikat berlesen tidak ada sebab untuk menipu peminjam. Namun, bagi memudahkan urusan, ada syarikat yang memegang kad ATM pelanggan dengan persetujuan. Berikut alasannya: ✔ Tidak perlu c...

Liputan & Perkhidmatan Kredit Komuniti di Seluruh Malaysia

Imej
Liputan & Perkhidmatan Kredit Komuniti di Seluruh Malaysia Kredit Komuniti merupakan perkhidmatan pinjaman wang berlesen yang dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) . Ia diwujudkan bagi memberi alternatif kepada mereka yang memerlukan dana segera tetapi mahu mengelakkan risiko berurusan dengan pinjaman tidak berlesen atau ah long. Melalui KreditKomuniti.com , pelanggan boleh membuat semakan kelayakan secara percuma dan mendapatkan pinjaman berlesen dengan lebih selamat. Proses ini dilakukan dengan telus, tanpa bayaran pendahuluan, dan semua perjanjian ditandatangani secara sah. Perkhidmatan Kredit Komuniti ✔ Pinjaman peribadi berlesen untuk kakitangan awam, swasta dan pesara. ✔ Penyusunan semula hutang ( overlap ) dengan bayaran bulanan menurun. ✔ Pinjaman tanpa penjamin, proses pantas & dokumen ringkas. ✔ Semakan kelayakan percuma sebelum buat keputusan. ✔ Perkhidmatan berlesen & sah di bawah KPKT. Liputan Kawas...

Pinjaman Wang Berlesen Online , Jangan Terpedaya

Imej
  Perlu saya highlight kreditkomuniti.com ini bukanlah syarikat pinjaman wang berlesen ataupun syarikat kredit komuniti. Kami adalah agensi marketing yg urus pinjaman wang berlesen secara online. Kami bekerjasama dengan syarikat kredit komuniti yang berdaftar dan sudah lama beroperasi. Saya terbaca komen dalam satu website , tahun 2025 ni masih ramai lagi yang terpedaya dengan scammer pinjaman. Di kreditkomuniti.com kami membantu anda untuk mengelakkan anda dari terkena scam. Selalu juga saya terima mesej dari pelanggan yang pernah kena scam rata rata mereka mmg tak layak untuk buat pinjaman tapi kesusahan mereka digunakan oleh orang yang tak bertanggung jawab untuk menipu.  Ulasan saya  Dekat online ni boleh katakan dalam 10 tu 1 saja yang betul² beri pinjaman wang . Scam atau penipuan ni ada bermacam macam jenis . Antaranya 1. Jenis scammer , bila kita mohon pinjaman ada caj upfront , macam² istilah digunakan untuk pengaruhi peminjam untuk bayar. lepas dah bayar , lesa...

Pinjaman Wang Berlesen Klang & Shah Alam

Imej
Pinjaman Wang Berlesen Klang & Shah Alam – Selamat, Berlesen & Cepat Lulus Pengenalan – Pilihan Pinjaman Selamat di Klang & Shah Alam Mencari pinjaman wang berlesen Klang atau pinjaman wang berlesen Shah Alam yang cepat lulus dan tidak berisiko ditipu? KreditKomuniti.com menawarkan pinjaman yang diluluskan di bawah KPKT, dengan proses telus, selamat, dan tanpa caj pendahuluan. Kami memahami keperluan anda yang memerlukan dana segera untuk kecemasan, modal perniagaan, atau urusan peribadi – tanpa perlu risau dengan syarikat yang tidak sah. Apa Itu Pinjaman Wang Berlesen & Perbezaannya Dengan Ah Long Pinjaman wang berlesen ialah kemudahan kewangan yang dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 . Perbezaan ketara berbanding ah long: Berlesen – Mempunyai nombor lesen sah daripada KPKT. Perjanjian bertulis – Segala terma jelas dalam kontrak. Tiada unsur ugutan – Semua urusan s...

Kreditkomuniti.com - scammer atau tidak?

Imej
 Untuk anda yang masih ragu ragu dengan kami , kami cuba jawab sedikit. 1. Minta bayaran upfront- Disuruh bayar "yuran proses", "yuran SST", atau "insurans" sebelum pinjaman diluluskan. Kreditkomuniti.com tidak kenakan sebarang caj atau upfront. pendek kata anda tak perlu keluarkan duit anda satu sen pun. 2. Guna WhatsApp sahaja - Tiada pejabat fizikal, hanya berurusan melalui WhatsApp. Kami ada pejabat tetap. Urusan semakan kelayakan melalui whatsapp, setelah anda setuju untuk proceed , syarikat akan set temujanji untuk face to face untuk urusan sign dokumen, sama ada dtg ke pejabat kami atau jumpa di tempat anda. Kami pun nak kenal dgn peminjam 3. Janji lulus 100% Pinjaman dijamin lulus walaupun anda ada rekod buruk atau tidak bekerja. Perlu semakan dokumen lengkap semua, dan kami semak kelayakan terlebih dahulu, rekod hutang juga kami semak 4. Dokumen palsu - Guna surat kelulusan palsu dengan logo bank atau syarikat kewangan terkenal. Syarikat kami ...

Maklumat produk pinjaman wang berlesen di kreditkomuniti.com

Imej
Maklumat Produk KreditKomuniti.com KreditKomuniti.com adalah platform pemasaran digital yang mewakili syarikat-syarikat kredit komuniti berlesen yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) . Kami menyediakan penyelesaian pinjaman peribadi berlesen yang sah, selamat, dan pantas untuk membantu pelanggan mendapatkan dana bagi pelbagai tujuan kewangan. Tiada risiko kena scam kerana semua urusan dilakukan dengan syarikat berlesen dan berdaftar. Jenis Produk & Servis Pinjaman Peribadi Berlesen – Untuk penjawat awam, pekerja swasta, pesara dan pemohon yang layak. Overlap / Penyatuan Hutang – Membantu menutup pinjaman lama dan menggantikannya dengan ansuran bulanan lebih rendah. Pinjaman Tanpa Penjamin – Tidak memerlukan penjamin untuk kelulusan. Tiada Bayaran Pendahuluan – Semua proses bermula tanpa risiko bayaran awal. Servis Seluruh Semenanjung – Liputan termasuk Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, ...

Pinjaman Wang Berlesen Malaysia

Imej
Pinjaman Wang Berlesen Malaysia Pinjaman Wang Berlesen (PWB) atau Pemberi Pinjaman Wang (PPW) yang kini dikenali sebagai Kredit Komuniti adalah satu bentuk pembiayaan tunai yang sah di sisi undang-undang. Semua syarikat ini berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan tertakluk kepada Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951. Pilihan ini menjadi alternatif utama bagi mereka yang memerlukan dana segera tetapi tidak dapat memohon di bank atas faktor kelayakan, rekod kredit, atau tempoh proses yang lama. Berbanding pinjaman tidak berlesen ( along ), pinjaman berlesen menawarkan proses yang lebih selamat, telus dan terjamin. Kelebihan Memohon Pinjaman Wang Berlesen ✔ Proses pantas dan dokumen ringkas. ✔ Perjanjian bertulis yang dilindungi undang-undang. ✔ Tiada caj tersembunyi, kadar keuntungan jelas dari awal. ✔ Kaedah kutipan ansuran yang beretika. Syarat dan Kawasan Liputan Untuk melihat syarat kelayakan penuh, dokumen yang diperlukan ...

Pinjaman Wang Berlesen Online Terbaik

Imej
Pinjaman Wang Berlesen Online Terbaik untuk Anda Pinjaman wang berlesen kini semakin mudah diakses dengan bantuan platform online. Namun, bagi memastikan keselamatan dan kesahihan urus niaga, prosesnya tetap mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh KPKT . 1️⃣ Proses Tidak 100% Online – Demi Keselamatan Anda Walaupun permohonan awal boleh dibuat secara online melalui borang atau WhatsApp, semakan kelayakan akan dilakukan oleh pegawai kami. Sekiranya anda bersetuju dengan tawaran pinjaman dan bayaran bulanan, sesi tandatangan perjanjian akan dibuat secara bersemuka – sama ada: Pegawai datang ke lokasi anda Anda hadir ke cawangan terdekat Langkah ini penting untuk memastikan semua terma pinjaman difahami dan tiada unsur penipuan. 👉 Baca juga: Cara Menguruskan Pinjaman Wang Berlesen dengan Selamat 2️⃣ Tiada Surat Tawaran Secara Online & Tiada Bayaran Pendahuluan Kami tidak menghantar surat tawaran secara online untuk mengelakkan risiko dokumen disal...

Syarat Pinjaman Wang Berlesen & Senarai Syarikat Berdaftar KPKT (PWB)

Imej
Syarat Pinjaman Wang Berlesen & Senarai Syarikat Berdaftar KPKT (PWB) Ramai pemohon tertanya-tanya apakah syarat pinjaman wang berlesen yang perlu dipenuhi untuk mendapatkan kelulusan tanpa masalah. Artikel ini akan menerangkan syarat asas, cara semak syarikat berdaftar, serta langkah mengelakkan penipuan pinjaman tidak sah. Kenapa Perlu Pilih Pinjaman Wang Berlesen? Pinjaman berlesen adalah pembiayaan yang sah di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan dikawal selia oleh KPKT. Berbeza dengan Ahlong, syarikat berlesen menawarkan kadar faedah terkawal, perjanjian bertulis, dan perlindungan undang-undang kepada peminjam. Syarat Asas Pinjaman Wang Berlesen Berumur 18 tahun ke atas Mempunyai pendapatan tetap (gaji masuk bank) Menyediakan dokumen lengkap – IC, slip gaji, penyata bank Tidak muflis Bagaimana Semak Syarikat Berlesen KPKT? Anda boleh semak sama ada syarikat itu sah melalui aplikasi i-KrediKom yang disediakan oleh KPKT. Pastikan syarikat m...

Pinjaman Wang Berlesen di Malaysia – Panduan Lengkap 2025

Imej
Pinjaman Wang Berlesen di Malaysia – Panduan Lengkap 2025 Pinjaman wang berlesen adalah pilihan kewangan yang sah dan dilindungi undang-undang bagi mereka yang memerlukan bantuan segera tanpa terjebak dengan risiko Ahlong. Artikel ini disediakan oleh KreditKomuniti.com untuk membantu anda memahami cara memohon, syarat, serta lokasi perkhidmatan yang diliputi pada tahun 2025. Apa Itu Pinjaman Wang Berlesen? Pinjaman wang berlesen merujuk kepada pembiayaan yang disediakan oleh syarikat berlesen di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan dikawal selia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) . Semua terma, caj, dan kadar faedah adalah jelas serta dilindungi undang-undang. Perbezaan Pinjaman Berlesen vs Ahlong Berlesen: Sah di sisi undang-undang, kadar faedah terkawal, tiada ugutan Ahlong: Tidak sah, caj tinggi, ugutan & risiko keselamatan Kelebihan Pinjaman Wang Berlesen Proses kelulusan cepat (30 minit – 1 jam) Tanpa penjamin &...

Mohon dgn kreditkomuniti.com utk elak dari kena scam

Imej
Lepas Kena Scam Baru Nak Contact Semula? Kebelakangan ini, semakin banyak pemohon yang menghubungi semula selepas mengalami masalah ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab. Situasinya hampir sama setiap kali: masa ditawarkan bantuan awal, mereka menolak dengan alasan caj tinggi atau tidak percaya . Namun apabila sudah menjadi mangsa scam, baru datang semula mencari jalan penyelesaian. Kenapa Situasi Ini Berlaku? Terpedaya dengan janji manis – scammer menjanjikan kadar bunga rendah dan kelulusan segera. Kurang kesedaran – ramai tidak tahu bagaimana syarikat pinjaman berlesen beroperasi secara sah. Terlalu ego sehingga terpedaya  – pemohon lebih percaya kepada tawaran yang terlalu murah walaupun mencurigakan. Akibat Bila Sudah Terlambat Bila sudah terkena scam, duit hilang dan nama tetap tidak clear. Lebih teruk, ada yang perlu menanggung hutang baru atau laporan polis. Masa yang sepatutnya digunakan untuk selesaikan masalah kini terbuang begi...

Bagaimana Pinjaman Kredit Komuniti Membantu Clear CCRIS & CTOS Untuk Mohon Pinjaman Bank

Imej
Bagaimana Pinjaman Kredit Komuniti Membantu Clear CCRIS & CTOS Untuk Mohon Pinjaman Ban k Rekod CCRIS dan CTOS yang tidak bersih menjadi penghalang utama apabila ingin memohon pinjaman dengan bank. Bank menggunakan laporan ini sebagai rujukan utama untuk menilai risiko pemohon. Jika ada tunggakan atau rekod buruk, permohonan biasanya ditolak tanpa kompromi. Kenapa CCRIS & CTOS Penting Untuk Bank? CCRIS (Central Credit Reference Information System) – menunjukkan rekod bayaran balik pinjaman dalam tempoh 12 bulan terakhir. CTOS – rekod hutang lapuk, saman, muflis, atau tindakan undang-undang. Bank menolak permohonan kerana menganggap pemohon berisiko tinggi jika rekod tidak bersih. Bagaimana Pinjaman Kredit Komuniti Membantu? Pinjaman kredit komuniti berlesen boleh menjadi alat sementara untuk mengatasi masalah ini dengan cara: Menyediakan pinjaman kecil untuk melangsaikan tunggakan yang direkodkan dalam CCRIS. Membersihkan sta...

Cara Memilih Syarikat Kredit Komuniti Untuk Pinjaman Wang Berlesen

Imej
Cara Memilih Syarikat Kredit Komuniti Untuk Pinjaman Wang Berlesen Pemilihan syarikat kredit komuniti yang tepat menentukan keselamatan kewangan anda. Baca juga artikel berkaitan: Pinjaman Tak Pegang Kad ATM – Fahami Risiko & Realiti Pinjaman Dah 60% Tapi Ada CCRIS Pula? Awas! Caj Tersembunyi Dalam Pinjaman Berlesen Apa Sebenarnya Maksud Kredit Komuniti? 1. Semak Lesen & Nama Syarikat Syarikat berlesen mesti disenaraikan di portal KPKT. Jika tidak, elakkan terus. 2. Elakkan Bayaran Pendahuluan Syarikat sah tidak meminta deposit sebelum pinjaman diluluskan. 3. Pastikan Ada Pejabat Fizikal Elakkan syarikat yang hanya beroperasi melalui WhatsApp tanpa pejabat rasmi. ✅ Mohon Selamat Melalui KreditKomuniti.com Klik di sini untuk Semak Kelayakan

Pinjaman Tak Pegang Kad ATM - kredit komuniti

Imej
Pinjaman Tak Pegang Kad ATM Dalam konteks pinjaman peribadi, terma “tidak pegang kad ATM” sering dijadikan kriteria utama oleh sesetengah pemohon. Namun, penting untuk difahami bahawa hanya institusi kewangan seperti bank yang menyediakan kemudahan pinjaman tanpa pegang kad — dan itu pun disokong oleh sistem automasi seperti potongan gaji tetap, BIRO ANGKASA, atau arahan tetap bank. Sebaliknya, bagi kebanyakan pemohon yang tidak memenuhi syarat ketat bank (gaji rendah, CCRIS, CTOS, kontrak, kerja swasta), permohonan sebegitu hampir mustahil untuk diluluskan. Tanpa jaminan bayaran balik, syarikat pinjaman swasta perlu menggunakan langkah kawalan tertentu — salah satunya ialah memegang kad ATM sebagai jaminan teknikal. Kenapa Kad Perlu Dipegang? Praktik memegang kad ATM bukan perkara baru. Ia digunakan oleh syarikat pinjaman berlesen sejak lebih dua dekad lalu sebagai mekanisme kawalan untuk memastikan bayaran bulanan dipatuhi mengikut perjanjian. Kad akan digu...

Pinjaman Dah 60%, Tapi Ada CCRIS Pula? Ini Alternatifnya

Imej
Pinjaman Dah 60%, Tapi Ada CCRIS Pula? Ini Alternatifnya Ramai penjawat awam ada kelayakan untuk buat overlap pinjaman peribadi dengan bank — tapi akhirnya tak boleh proceed sebab tersangkut dengan rekod CCRIS . Kalau CTOS, masih ada peluang untuk dipertimbangkan oleh sesetengah bank. Tapi kalau CCRIS — biasanya terus reject . Inilah realiti sekarang. Sistem makin ketat, risiko ditapis awal. “Kenapa Buat Hutang Lagi?” Saya tahu mungkin akan ada pembaca yang kecam. “Kenapa nak tambah hutang?”, “Jangan ajar orang buat loan!” dan sebagainya. Tapi saya bukan suruh semua orang berhutang. Kehidupan setiap orang tak sama. Masalah kewangan kadang-kadang tak boleh dikongsi dengan sesiapa pun. Bila tersekat dengan CCRIS, sukar nak bergerak walaupun ada peluang untuk restructure kewangan . ✔ Salah Satu Jalan: Guna Pinjaman Kredit Komuniti Sebagai contoh: Anda perlukan RM3,000 untuk selesaikan CCRIS Anda mohon pinjaman wang berlesen sebanyak RM5,...

Boleh ke saya kalau nak mohon pinjam di KreditKomuniti.com

Imej
Boleh ke saya kalau nak mohon pinjam di KreditKomuniti.com? Tak semua permohonan pinjaman akan diluluskan. Kami di KreditKomuniti.com bukan janji semua lulus, dan kami juga bukan jenis minta bayaran sebelum semak kelayakan. Syarat tetap syarat. Setiap permohonan akan dinilai dengan teliti dan kalau tak lepas, kami beritahu terus terang. Kami simple sahaja, tak perlu nak kompleks sgt. 🛑 Permohonan Akan Ditolak Jika... Berikut adalah situasi yang kami tidak proses di platform ini. Mohon ambil perhatian, kerana ini khusus untuk permohonan melalui KreditKomuniti.com sahaja: Status belum disahkan – contohnya baru kerja, masih dalam tempoh percubaan Kontrak hampir tamat – walaupun kontrak bersambung , tapi kalau tempoh tamat sudah dekat, anda tidak layak Bekerja sendiri atau meniaga tanpa dokumen rasmi Anggota tentera (ATM) – kami tidak proses buat masa ini Tiada caruman KWSP – perlu ada rekod caruman sebagai bukti pendapatan Gaji tu...

Caj-Caj semasa memohon Pinjaman Berlesen

Imej
Caj-Caj semasa memohon Pinjaman Berlesen Ramai peminjam mengalami kerugian kerana tidak faham caj-caj yang dikenakan oleh sesetengah syarikat pinjaman berlesen. Ada yang kelihatan seperti sah, tetapi sebenarnya hanyalah istilah yang digunakan untuk “sakau duit pemohon” sebelum pinjaman pun lulus! Antara “Caj” Yang Selalu Digunakan: Agreement Fee – kononnya untuk urusan tandatangan perjanjian Test Payment – alasan untuk uji transaksi sebelum pinjaman dibayar First 5 Month Installment – diminta bayar 5 bulan awal sebelum dapat pinjaman Activation Account – alasan untuk aktifkan akaun penerima Insurance Loan – insurans kononnya wajib untuk lulus Bayaran Runner – bayaran kepada orang tengah yang bawa borang Bayaran Lawyer – caj dokumen yang tiada bukti sah Bayaran Accountant Manager – istilah pelik untuk cover caj tambahan ⚠️ Ini Semua Tak Sepatutnya Berlaku! Kalau anda dalam situasi ini, masa yang sesuai untuk tarik handbrake ⛔ ...

Catatan popular daripada blog ini

Kalau Tidak Bayar Pinjaman Wang Berlesen Kredit Komuniti

Pinjaman Tak Pegang Kad ATM - kredit komuniti

Syarat Pinjaman Wang Berlesen & Senarai Syarikat Berdaftar KPKT (PWB)

Jadual Bayaran Menurun Perkhidmatan Kredit Komuniti