Pinjaman Berlesen Pegang kad ATM ke tak?

Ada berbagai bagai syarikat kredit komuniti ataupun pemberi pinjaman wang berlesen di Malaysia ni , ada yang tak pegang kad dan ada juga yang pegang . Biasa yang tak pegang kad ni lebih strict kelulusan nya. Untuk membuat pinjaman dengan syarikat yang tidak memegang kad mereka akan menyemak rekod kredit anda yang lepas . Kalau anda mempunyai CTOS atau CCRIS serta komitmen yang tinggi kemungkinan besar permohonan pinjaman anda akan ditolak. Bagi syarikat yang pemegang kad ni adalah lebih mudah kelulusan kerana ia akan memberi lebih sekuriti kepada peminjam untuk mengutip semula bayaran bulanan. Syarikat Kredit Komuniti yang bagus ialah mereka menjaga rekod bayaran dengan baik. Mereka akan membuat pemotongan bayaran mengikut jadual yang diberikan kepada pemohon pada awal permohonan. Potongan akan dibuat biasa pada hari gaji pemohon, baki dari potongan itu akan diserahkan kepada peminjam pada hari tersebut juga. Pada pandangan peribadi saya , kenapa takut nak bagi kad ? Sepatutnya sy...